Kehadapan kamu yang bernama HATI,
Hanya perkataan MAAF yang dapat diungkapkan..
MAAF kerana telah buat kamu menangis lagi......
MAAF kerana telah buat kamu pedih sekali lagi..
MAAF kerana telah buat kamu terus dan terus terluka lagi..
Belum sempat kamu mengukir tersenyum...kamu terus dilanda kesedihan..
Jauh disudut degupan nadi ini, tidak pernah berniat untuk membuat kamu terus mengalirkan manik jernih itu..
Namun...apakan daya..hanya itu yang mampu dilakukan..
Dugaan yang datang menyebabkan mata ini perlu menjadi tuli..
Ujian yang menimpa menyebabkan telinga ini perlu menjadi bisu..
Rintangan yang hadir menyebabkan bibir ini perlu menjadi buta....
lalu terpaksa menjadikan kamu sebagai mangsa..
Jika bisa dirimu diganti...pasti batu di pantai akan ku gantikan..
Biar ombak datang menghempas, biar badai datang melanda..
ia tetap sebegitu..tidak tercalar..
Namun..aku tahu..kamu tidak terganti..
Kamu tetap menemani diri ini tidak kira apa yang berlaku..
Sudah tiba masanya...
Kamu perlu mengukir bintang dilangit..
Kamu perlu melukis senyum di awan..
Jangan biarkan kamu menangis lagi wahai HATI..












